KEMBALI KE PAPARAN UTAMA

Thursday, October 11, 2012

DOA UNTUK CALON PEPERIKSAAN DAN PERANAN IBUBAPA

Bila menjelang peperiksaan, banyak sekolah telah mengadakan solat hajat dengan tujuan semoga Allah memberikan kejayaan kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan.  Kita dapat lihat banyak kaedah-kaedah yang dilakukan.  Namun hanya satu tujuan yang diminta iaitu calon peperiksaan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.


Doa adalah senjata mukmin, beruntunglah kita sebagai umat islam dan bersyukurlah kerana dikurniakan islam dan iman kepada kita.  Sebagai ibu bapa kita digalakan supaya berdoa untuk kejayaan anak-anak, Di bawah ada sedikit tips dari sahabat untuk ibubapa :


KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB
SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat didalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan
mudah dan tenang,


Contoh:


Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan.
Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.


Sumber asal:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana
dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.


Petua amalan ibubapa untuk anak yang
menduduki peperiksaan…


Caranya dengan mengumpulkan alat-alat tulis yang bakal digunakan oleh anak-anak semasa
peperiksaan. Dalam keadaan berwuduk, genggamlah alat-alat tulis itu kemudian amalkan bacaan-bacaan berikut :


1 ::Al-Fatihah (7 kali)

2 :: Selawat (7 kali)


3 ::Subhanallah (44 kali)

4 ::Alhamdulillah (44 kali)


5 :: Allahhu Akbar (44 kali)


6 :: YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)


7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-



Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya
Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…

Setelah selesai bacaan-bacaan ini, tiupkanlah pada alat-alat tulis yang digenggam itu.
Letakkan di tempat yang tinggi dari aras punggung dan elakkan dari dilangkah…


Keesokan harinya, ketika anak-anak bersedia untuk pergi menduduki peperiksaan. Ambil
segelas air, dalam keadaan berwuduk amalkan bacaan seperti di atas (1-7), tiupkan pada segelas air itu lalu diberi minum kepada si anak… Insya-ALLAH dipermudahkan anak-anak itu menghadapi peperiksaan…


 Doa ini juga bagus diamalkan oleh ibubapa.  Caranya: hendaklah ibubapa meletakkan tanga di atas dahi anak dan bacakan doa ini. (Doa ini adalah yang di doakan oleh Nabi SAW kepada Ibnu Abbas ra)




اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ


Pelajar-pelajar pula hendaklah selalu berdoa mohon berkat ilmu yang dipelajari, seperti berikut:





Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat.  Sebaik-baik doa ialah mendoakan orang lain dimana orang itu tidak mengetahuinya



Wednesday, August 1, 2012

KAKITANGAN BUKAN GURU SMK DATUK MENTERI 2012

Poto Untuk Majalah Perdana 2012
Anggota Kumpulan Sokongan SMK Datuk Menteri.
duduk dari kiri: En. Faizal, Hj. Mohamaddillah, Hj. Kosnan (PK Tkt.6), En. As Aziz (PK Petang), H. Kamilan (PK HEM), Pn. Eva (Pengetua JUSA C) Hj. Mukamat Alib (PK KOKO), Pn. Saona (GKMP Bahasa, PN. Norafida (GKMP Sains),   Hjh. Jaslina (GKMP Tek. Vok0), Pn. Kamilah (GKMP Sosial).  Tiada dalam gambar En. Sahril Pembantu Makmal dan    En. Mohd Mazlan (PK Akademik),  Berdiri dari kiri: Pn.Siti Hadijah, Pn. Emmy Roziana, Pn. Safinas, Pn. Seri Kandi,    En. Khaidir, Pn. Khamidah, Hjh. Jamaliah, Pn. Roslinda, Pn. Norazianti, Cik Suraya

Monday, July 23, 2012

BUBUR LAMBUK

Bubur Lambuk Resepi Guru:

Bubur Lambuk dan Bulan Ramadhan seolah-olah tidak dapat dipisahkan dari adat dan kebudayaan masyarakat kita.  Bubur lambuk memang sesuai dimakan semasa berbuka puasa.  Selain korma, bubur lambuk adalah pilihan utama bagi masyarakat melayu khususnya di Johor.

Perut yang kosong 1 hari berpuasa eloklah diisi dengan makanan yang lembut dan berair seperti bubur lambuk, ini memboleh proses penghadaman makanan dapat diproses dengan lembut.

Berikut adalah resepi Bubur Lambuk Guru:

(Masakan untuk periuk 10gantang)

Bahan:
Beras Paling Murah = 5kg
Daging = 3kg (dipotong 2")
Tulang Lembu = 3kg
Rempah Sop  = 0.5kg
Rempah Tumis = Agak-agak jangan banyak
Bawang Besar = 0.5 kg (Di Racik tipis)
Bawang Merah = 0.5kg (Di Racik tipis)
Bawang Putih = 0.5kg (Di Racik tipis)
Halia sekira-kira 600ml selepas dibland
Sayur Campur = 1kg
Daun Sop = 0.5kg (Dipotong-potong 1")
Kacang Tanah = 1kg (Di sangan/goreng)
Bawang Goreng = 0.5kg
Santan Kelapa 3kg
Garam 200g
Serbuk perasa


Cara Membuat:


Panaskan minyak dalam periuk (bersaiz 10gantang). masukan rempah tumis dan bawang-bawang.
Kacau sehingga masak kekuningan.  Masukan daging dan tulang dan halia dan tambah air 2 litter.  Kacau sehingga lebih kurang 20 minit masukan rempah sop kacau sehingga sebati dengan daging dan tambahkan air lebih kurang paras suku periuk sambil dikacau sehingga air mendidih. Tambah air sehingga tiga suku periuk kacau sehingga mendidih, masukan garam dan serbuk perasa dan kacau sehingga daging lembut.  Masukan beras kacau sehingga beras lembut dan hancur sedikit.  Masukan udang geragau dan sayur campur dan kacau.  Bila bubur kelihatan meletup-letup masukan santan dan panaskan dengan api yang perlahan.  Bila bubur meletup-letup lagi masukan separuh bawang goreng dan separuh daun sop dan dikacau.  Bubur siap hendak dihidang taburkan kacang, bawang goreng dan daun sop.

InsaAllah menyelerakan.



Thursday, July 19, 2012

MARHABAN YA RAMADHAN

FIRMAN ALLAH SUBHANAWATALLAH;
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Beberapa hadith Rasullah s.a.w. yang bermaksud:

1. Barang siapa berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang lalu.

2. Barang siapa yang mencari majlis ilmu dalam bulan Ramadhan maka setiap langkahnya akan ditulis sebagai ibadah setahun dan akan bersama aku di bawah Aras

3. Barang siapa yang terus mengikuti jemaah selama Ramadhan Allah akan memberinya padanya pada setiap rakaat sebuah kota yang penuh nikmat Allah

4. Barang siapa yang berbuat bakti kepada kedua ibubapa dalam bulan Ramadhan ia akan mendapat kelazatan memandang Allah dan akan dapat menjadi tempatnya dalam syurga.

 5. Barang siapa kaum wanita yang selalu mengusahakan keredhaan suaminya selama bulan Ramadhan maka wanita itu akan beroleh pahala seperti pahalanya Maryam/Masitha.

6. Barang siapa menyampaikan sesuatu hajat saudaranya dalam bulan Ramadhan maka Allah akan menyamapaikan atau menunaikan 1000 hajatnya pada hari Kiamat.

 7. Barang siapa membuat satu amalan atau perbuatan dalam Ramadhan maka Allah akan menggandakan sehingga 70 kali ganda.  

AMALAN PADA AWAL MALAM RAMADHAN:

1. Membaca surah Al Fatihah 7x

2. Membaca Tahmid (Alhamdulillah) 3x

 3. Membaca Selawat 3x

4. Mermbaca Takbir (Allahhu Akhbar) 3x

5. Membca doa:
Segala puji bagi Allah yang menciptakan aku dan menciptakan engaku dan Dia telah menentukan bagi kamu kedudukan tertentu dan Dia telah menjadikan tanda-tanda (keagungan) untuk sekelian alam

Ya Allah perjalankan bulan ini ke atas kami ddengan aman dan keimanan dan keselamatan dan keislaman tuhan aku dan tuhan kamu adalah Allah

6. Sembahyang sunat 4 rakaat dalam 2 salam, tiap rakaat yang pertama selepas Fatihah membaca Surah At-Takaathur dan selepas fatihah rakaat yang ke dua baca Surah Al Ikhlaas 3x

 Fadhilatnya:

dilepaskan, dimudahkan dan diselamatkan daripada seksa sakaratul maut.

7. Membaca Surah Al Fat-h


Fadhilatnya:
i. Terpilihara daripada bala dan perkara-perkara yang merbahaya
ii. Dimurahkan rezeki yang halal
iii. Dilepaskan dan diselamatkan daripada api Neraka

DOA DIBACA TIAP-TIAP MALAM RAMADHAN:

Ertinya: Wahai Tuhan kami, bahawa Engkau Maha Pengampun dan Engkau suka orang yang memohon ampun maka ampunilah aku

Monday, July 16, 2012

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2012

TEMPAT : SMK DATO' SETH, YONG PENG.

HARI : SABTU 14 JULAI 2012

 Penyertaan Sekolah Menengah : 8 buah sekolah

Penyertaan Sekolah Rendah : 4 buah sekolah

Keputusan :  
                Tempat Pertama : SMK Dato' Seth (Pn. Zaleha bt Harun)

                Tempat Ke Dua : SMK Datuk Menteri (Pn. Yusnita Yunus)

                Tempat Ke Tiga : SMK Penghulu Saad (En. Mohsin Ibharim)

Tahniah kepada PPD Batu Pahat kerana berjaya menganjurkan seminar ini dan menguji kemampuan guru menyampaikan masej untuk pendengaran awam.  Tahniah kepada guru-guru yang berjaya, semoga seminar seumpama ini dapat di adakan lagi dan dapat menyampaikan pendapat untuk dibincangkan secara ilmiah.

Tuesday, July 10, 2012

SENAM ROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA PERINGKAT SMK DATUK MENTERI, BATU PAHAT, JOHOR. 10 JULAI 2012

Senam Robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah dilancarkan oleh TPM merangkap Menteri Pelajaran pada hari ini.

Peringkat SMK Datuk Menteri Senam Robik telah dilancarkan oleh Pengetua JUSA C Pn. Eva bt Abdullah dengan jayanya pada pagi tadi muali jam 8.00 pagi dan tamat hampir pukul 9.00 pagi.  Hampir 1900 orang pelajar telah hadir menjayakan program ini.  Pelajar-pelajar meneruskan P&P seperti biasa mulai jam 10.10 pagi.

PUAN EVA BT ABDULLAH MELANCARKAN SENAM ROBIK PERINGKAT SMK DATUK MENTERI
TN. HJ. MUKAMAT ALIB JASNURI PK KOKO SEDANG MEMBERI TAKLIMAT
UST MOHD ROSDI MEMBACAKAN DOA
GURU-GURU MENGAMBIL KEDATANGAN PELAJAR
MURID SEBAGAI 'INSTRUCTOR' MEMIMPIN SENAM ROBIK
HAMPIR 1900 PELAJAR HADIR SENAM ROBIK
PN EVA BERBAJU PINK DAN SEBAHAGIAN DARI GURU DAN KAKITANGAN SAMA-SAMA BERSENAM
SEBAHAGIAN DARI PANORAMA SENAM ROBIK Terima kasih kepada juru gambar sekolah En. Zulkiplayi