Bubur Lambuk dan Bulan Ramadhan seolah-olah tidak dapat dipisahkan dari adat dan kebudayaan masyarakat kita. Bubur lambuk memang sesuai dimakan semasa berbuka puasa. Selain korma, bubur lambuk adalah pilihan utama bagi masyarakat melayu khususnya di Johor.
Perut yang kosong 1 hari berpuasa eloklah diisi dengan makanan yang lembut dan berair seperti bubur lambuk, ini memboleh proses penghadaman makanan dapat diproses dengan lembut.
Berikut adalah resepi Bubur Lambuk Guru:
(Masakan untuk periuk 10gantang)
Bahan:
Beras Paling Murah = 5kg
Daging = 3kg (dipotong 2")
Tulang Lembu = 3kg
Rempah Sop = 0.5kg
Rempah Tumis = Agak-agak jangan banyak
Bawang Besar = 0.5 kg (Di Racik tipis)
Bawang Merah = 0.5kg (Di Racik tipis)
Bawang Putih = 0.5kg (Di Racik tipis)
Halia sekira-kira 600ml selepas dibland
Sayur Campur = 1kg
Daun Sop = 0.5kg (Dipotong-potong 1")
Kacang Tanah = 1kg (Di sangan/goreng)
Bawang Goreng = 0.5kg
Santan Kelapa 3kg
Garam 200g
Serbuk perasa
Cara Membuat:
Panaskan minyak dalam periuk (bersaiz 10gantang). masukan rempah tumis dan bawang-bawang.
Kacau sehingga masak kekuningan. Masukan daging dan tulang dan halia dan tambah air 2 litter. Kacau sehingga lebih kurang 20 minit masukan rempah sop kacau sehingga sebati dengan daging dan tambahkan air lebih kurang paras suku periuk sambil dikacau sehingga air mendidih. Tambah air sehingga tiga suku periuk kacau sehingga mendidih, masukan garam dan serbuk perasa dan kacau sehingga daging lembut. Masukan beras kacau sehingga beras lembut dan hancur sedikit. Masukan udang geragau dan sayur campur dan kacau. Bila bubur kelihatan meletup-letup masukan santan dan panaskan dengan api yang perlahan. Bila bubur meletup-letup lagi masukan separuh bawang goreng dan separuh daun sop dan dikacau. Bubur siap hendak dihidang taburkan kacang, bawang goreng dan daun sop.
InsaAllah menyelerakan.
No comments:
Post a Comment