KEMBALI KE PAPARAN UTAMA

Sunday, July 8, 2012

SOLAT MENCEGAH KOLESTEROL (SUMBER MAKLUMAT DARI KOSMO 8.7.12 - SOLAT SAINS)

IBADAT solat mempunyai pengertian yang sangat luas cakupannya. Solat dikatakan boleh memberikan ketenangan dan menjadi senaman terbaik khususnya kepada umat Islam yang mengamalkannya lima kali sehari seperti yang dituntut syarak. Lebih penting, solat adalah satu medium komunikasi antara manusia sebagai makhluk dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Amalan harian ini mempunyai 1001 hikmah jika dikaji dari aspek rohani dan juga jasmani. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, ibadah solat boleh memberikan 1001 manfaat kepada pengamalnya jika dilakukan dengan tekun dan tertib. Beliau yang mengetuai sekumpulan penyelidik yang membuat kajian tentang sains solat sejak tahun 2005 memberitahu, melalui pergerakan dalam solat, banyak fakta saintifik dapat dibongkarkan. "Hasil kajian yang dijalankan mendapati ibadah solat ternyata boleh memberi pelbagai manfaat kepada pengamalnya. "Selain manfaat spiritual yang sering dihuraikan dalam bahan rujukan agama, solat juga memberikan manfaat fizikal dan mental jika pengamalnya melakukan ibadah tersebut dengan postur atau gerak laku yang betul. "Kita sering diberitahu, solat adalah tiang agama. Dari sudut sains pula, pergerakan dalam solat sangat baik untuk kesihatan. "Dari aspek agama, solat adalah tanda kita berterima kasih kepada Allah manakala dari sudut sains, solat adalah amalan penjagaan tubuh yang sempurna. "Sementara itu, solat juga sering disebut sebagai amalan kerohanian yang boleh mencegah kemungkaran. "Dalam kajian kami, pergerakan dalam solat sebenarnya boleh menghadirkan gelombang fokus dan ketenangan dalam diri yang menjadi tunjang pemikiran rasional seterusnya dapat mengelakkan pengamalnya melakukan perkara di luar batasan," jelasnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini. Bukan itu sahaja, Fatimah turut memberitahu, pergerakan dalam solat jika dilakukan dengan postur yang betul sudah dibuktikan mampu mencegah, merawat dan memulihkan beberapa jenis penyakit. "Jika solat diamalkan mengikut lima cara solat Rasulullah S.A.W, Insya-Allah amalan ini boleh menyihatkan jantung, menguatkan pinggang, merawat mati pucuk bagi lelaki dan mati putih bagi wanita, meningkatkan kualiti seks dan memulihkan otot kelamin. "Selain itu, kajian ke atas testimoni juga mendapati terapi pergerakan solat boleh menguruskan badan, mencantikkan dan menganjalkan tubuh, mengurangkan kolesterol, mengawal tekanan darah tinggi dan banyak lagi manfaat lain," jelasnya. JARI kaki yang dibengkokkan semasa sujud dan duduk tahiyat boleh mengurangkan kolesterol.
Sakit pinggang Bagaimanapun, kata Fatimah, hasil tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pengamal solat melakukan ibadah tersebut mengikut lima cara solat Nabi Muhammad. Lima cara tersebut ialah mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, solat secara berjemaah, memahami bacaan dalam solat, kedudukan kaki semasa tahiyat dilakukan dengan sempurna dan kedudukan tulang belakang berada dalam keadaan mendatar 90 darjah ketika rukuk. "Setakat ini, ada lapan kajian yang kami lakukan terhadap manfaat pergerakan solat terhadap pengamalnya. "Antaranya ialah kajian elektroensefalogram (EEG) yang dilakukan semasa testimoni menunaikan solat terutamanya ketika tamakninah. "Tamakninah adalah perbuatan berhenti seketika pada posisi tertentu sebelum bertukar ke posisi lain. "Dengan menggunakan serkup kepala yang dilengkapi elektrod, eksperimen ini dilakukan untuk melihat kesan tamakninah ke atas isyarat otak. "Daripada analisis yang dijalankan, wujud peningkatan yang nyata bagi ketumpatan kuasa spektrum (KKS) pada komponen 11 Hz di lobus parietal semasa testimoni berubah daripada posisi berdiri dan mengangkat iktidal kepada posisi sujud. "Pergerakan tersebut telah menyebarkan spektrum untuk semua tujuh elektrod berlainan. Melalui bacaan graf tersebut, analisis EEG membuktikan perbuatan tamakninah dapat meningkatkan jalur frekuensi alpha iaitu ketenangan. "Disebabkan itu, Islam sangat menuntut umatnya melakukan tamakninah ketika bersolat," kata Fatimah. Menjelaskan lebih lanjut tentang manfaat fizikal yang diperoleh daripada lima cara Nabi Muhammad bersolat, beliau memberitahu, rukuk yang sempurna iaitu posisi membengkokkan tulang belakang 90 darjah, tangan diluruskan dengan telapak tangan ditekap kemas di tempurung lutut sangat membantu meregangkan otot di bahagian paha di samping melatih kordinasi otot-otot belakang dan kaki. KOMPOSISI badan perlu diukur sebelum dan selepas menjalani terapi. "Pergerakan rukuk yang betul dapat mencegah, merawat dan memulihkan sakit pinggang dan sakit belakang jika ia dilakukan dengan betul. "Ketika badan mula menunduk, otot-otot lumbar yang terletak di bahagian belakang badan akan mengecut dan kemudian berehat apabila tubuh menunduk sepenuhnya. "Ketika rukuk, refleksi spina yang berada pada sudut 90 darjah akan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan baik kerana posisi tersebut dapat membuka ruang antara saluran spina. "Manfaatnya, jika postur ini dilakukan dengan betul ketika bersolat lima kali sehari, ia akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf sekali gus menggalakkan kefleksibilitian spina. "Namun, jika tidak rukuk dengan sempurna, jantung akan mendapat tekanan dan jika keadaan ini berlarutan, individu tersebut boleh mendapat sakit jantung," jelasnya. Sementara itu, tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud dan duduk semasa tahiyat turut membongkar fakta yang mengejutkan. "Mereka yang membengkokkan kaki dapat mengurangkan jisim lemak badan (FM) manakala lemak tanpa jisim (LBM) seperti tisu otot dapat ditingkatkan. "Ini menyebabkan komposisi badan bertambah seimbang kerana penurunan lemak atau kolesterol badan seterusnya dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti penyakit jantung. Kolesterol "Namun, sekiranya anda bersolat tanpa membengkokkan jari, FM akan bertambah dan LBM pula berkurangan. "Ini akan menyebabkan otot tisu mengecut dan ruang tersebut mula dipenuhi gumpalan lemak badan yang akan mengundang risiko penyakit jantung, strok dan kegemukan," ujarnya yang memberitahu pergerakan rukuk dan sujud mempunyai banyak persamaan dengan senaman fisioterapi senaman pagi dan 'quadraped'. Menurut Fatimah yang bekerjasama menjalankan penyelidikan sains solat bersama Prof. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok, cara pernafasan yang betul semasa bersolat boleh mengaktifkan otot perut dan membantu mengempiskan perut. "Caranya mudah, setiap kali rukuk dan sujud, ulang bacaan tasbih dengan kiraan minimum sebanyak tiga kali. Selang selikan bacaan tersebut dengan menarik nafas. "Untuk mendapatkan keputusan yang ideal, anda boleh membaca tasbih sebanyak lima kali," katanya. Beroperasi di Makmal Klinikal Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM, selain membuat kajian, Fatimah dan kumpulannya turut menyediakan perkhidmatan ujian kolesterol, ujian risiko sakit jantung dan kesihatan keseluruhan, audit postur dan pergerakan solat terhadap komposisi badan, terapi menguruskan badan serta terapi sakit pinggang. Selain itu, orang ramai juga boleh mengukur tahap otot kelakian dan kewanitaan, ujian gelombang ketika solat dan terapi kesihatan lelaki atau mati pucuk dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).

Sunday, June 24, 2012

AMALAN BULAN SYAABAN DAN NISFU SYAABAN


PESENAN GURU

AMALAN BULAN SYAABAN:

1.         Barang siapa berpuasa salah satu daripada tiga hari berturut-turut dalam bulan Syaaban (awal 1,2,3 Syaaban, tengah 13,14,15 Syaaban dan akhir 28,29,30 Syaaban) maka Allah akan memberi ganjaran yang istemewa:
                a. diberi dan dutulis oleh Allah seperti pangkat 70 Nabi.
                b. dikira seperti ibadat 70 tahun
                c. sekiranya mati pada tahun itu dimasukan dalam golongan mati sahid
                d. Tuhan mengampunkan segala dosanya dan memberi keberkhatan atas rezekinya.
Sebelum berbuka puasa hendaklah membaca selawat tiga kali.

2.         Barang Siapa membaca zikir bulan Syaaban maka ditulis oleh Allah seperti beribadat 1000 tahun 
            (Al Hadith)

3.         Barang siapa dapat berpuasa awal dan akhir bulan Syaaban maka adalah hak di atas Allah akan memasukkan ia ke dalam syurga dan dilepaskan daripada seksa kubur dan dilepaskan daripada huru hara di Padang Masyar ( Al Hadith)

Nisfu Syaaban:

Beramal malam Nisfu Syaaban sama seperti beramal 400 tahun (Al Hadith)
Amalannya seperti:

1.          Sembahyang berjemaah lima waktu.
2.          Membaca surah yaasin selepas sembahyang maghrib sekurang-kurangnya sekali lebih baik tiga kali dan berdoa:
                a. minta tetapkan iman
                b. murahkan rezeki yang halal
                c. dipanjangkan umur dengan dipenuhi dengan ibadah
3.          Sembaynag tasbih, hajat dan tahajjud.
4.          Membaca Al Quran khasnya surah-surah tertentu;
                a. Surah Al Kahfi
                b. Surah As Sajjadah
                c. Surah Ad Dukhan
                d. Surah Al Wakiah
                e. Surah Al Muluk
                f. Surah Al Muzzammil dan lain-lain.
5.         Bertasbih seberapa banyak

Monday, June 18, 2012

FADHILAT AMAL (BULAN SYAABAN)

Kategori : IBADAH Puasa

Tajuk : Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari)

 Huraian
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

 3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

 i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

 ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

 iii. Bertaubat

ZIKIR BULAN SYAABAN: (Banyakkan baca sepanjang bulan Syaaban)

Thursday, June 14, 2012


PUAN OMELIA ORMAWI telah berpindah ke SMK Taman Universiti 2, Skudai, Johor Bahru mulai 11.6.2012. Beliau mengajar mata pelajaran kimia di SMk Datuk Menteri. Beliau telah berjaya melonjakkan prestasi mata pelajaran kimia. Kami yakin Pn. Omelia akan dapat bekerja dengan gembira di sekolah baru. Kami mendoakan Pn. Omelia akan dapat menamatkan pengajian master dengan kejayaan yang cemerlang.

Tuesday, June 12, 2012

PENGGAL KE DUA PERSEKOLAHAN:


Kebanyakan sekolah yang cuti minggunya pada hari Ahad telah memmula sesi persekolahan pada hari kedua di dalam penggal kedua. Ramai masih di dalam keseronokan bercuti. Rata-rata guru-guru dan pelajar masih ddlam angin percutian. Semua staf; pembantu tadibr, pembantu makmal, pembantu am pejabat dan pekerja swasta bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab menanti kunjungan balik bercuti guru-guru dan pelajar. Dalam makmal sains mesti berkeadaan bersih dan segala keperluan telah disediakan. Kepada semua guru dan pelajar; SELAMAT KEMBALI BERAKADEMIK

Saturday, September 3, 2011

UJIAN JENIS DARAH TINGKATAN 5


Pelajar-pelajar tingkatan 5 sains telah melalui experimen menguji jenis darah. Dalam amali banyak ragam pelajar, ada yang pucat lesi apabila jarinya dicucuk, ada yang menawarkan diri kemudiannya mecam nak pengsan apabila melihat darahnya. Tetapi kebanyakan pelajar gembira dalam amli ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar.

Di sini juga saya ingin memanjangkan rahsia jenis darah, tetapi tolong ini hanya hiburan, jika kebetulan sama dengan anda katakan pada diri anda "kebetulannnnn"


Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan. Individu ini juga amat disenangi oleh orang lain, selain itu anda mudah disayangi dan anda juga mudah menyayangi terutama saudara terdekat atau rakan taulan.

TAMBAHAN:

AKU TERINGAT KATA-KATA SEORANG RAKAN, APABILA DIA PERGI AKU TAK BIMBANG SEBAB DARAH DIA JENIS O. LAMA KELAMAAN PASTI DIA AKAN DISUKAI OLEH RAMAI ORANG. KAWAN AKU ITU JUGA DARAH JENIS O, AKU LIHAT DIA DISUKAI RAMAI ORANG DAN AKU ADA LAGI KAWAN DARAH JENIS O, DIA JUGA SERUPA.

BENARLAH AKU DARI DARAH JENIS B, TETAPI AKU REDHA AKAN KENTENTUAN ILAHI.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1432H





KAMI MENGUCAPKAN SELAMT HARI RAYA IDUL FITRI KEPADA SEMUA WARGA SMKDM TERUTAMA KEPADA PN. EVA ABDULLAH, MANTAN PENOLONG KANAN EN. JAHENI SIDEK, BARISAN PENTADBIR, GURU-GURU SAINS DAN BUKAN GURU SAINS, TERSANGAT ISTEMEWA KEPADA SEMUA KAKITANGAN MAKMAL SAINS, SELAIN ITU UNTUK SEMUA LAIN-LAIN KAKITANGAN BUKAN GURU