KEMBALI KE PAPARAN UTAMA

Sunday, June 24, 2012

AMALAN BULAN SYAABAN DAN NISFU SYAABAN


PESENAN GURU

AMALAN BULAN SYAABAN:

1.         Barang siapa berpuasa salah satu daripada tiga hari berturut-turut dalam bulan Syaaban (awal 1,2,3 Syaaban, tengah 13,14,15 Syaaban dan akhir 28,29,30 Syaaban) maka Allah akan memberi ganjaran yang istemewa:
                a. diberi dan dutulis oleh Allah seperti pangkat 70 Nabi.
                b. dikira seperti ibadat 70 tahun
                c. sekiranya mati pada tahun itu dimasukan dalam golongan mati sahid
                d. Tuhan mengampunkan segala dosanya dan memberi keberkhatan atas rezekinya.
Sebelum berbuka puasa hendaklah membaca selawat tiga kali.

2.         Barang Siapa membaca zikir bulan Syaaban maka ditulis oleh Allah seperti beribadat 1000 tahun 
            (Al Hadith)

3.         Barang siapa dapat berpuasa awal dan akhir bulan Syaaban maka adalah hak di atas Allah akan memasukkan ia ke dalam syurga dan dilepaskan daripada seksa kubur dan dilepaskan daripada huru hara di Padang Masyar ( Al Hadith)

Nisfu Syaaban:

Beramal malam Nisfu Syaaban sama seperti beramal 400 tahun (Al Hadith)
Amalannya seperti:

1.          Sembahyang berjemaah lima waktu.
2.          Membaca surah yaasin selepas sembahyang maghrib sekurang-kurangnya sekali lebih baik tiga kali dan berdoa:
                a. minta tetapkan iman
                b. murahkan rezeki yang halal
                c. dipanjangkan umur dengan dipenuhi dengan ibadah
3.          Sembaynag tasbih, hajat dan tahajjud.
4.          Membaca Al Quran khasnya surah-surah tertentu;
                a. Surah Al Kahfi
                b. Surah As Sajjadah
                c. Surah Ad Dukhan
                d. Surah Al Wakiah
                e. Surah Al Muluk
                f. Surah Al Muzzammil dan lain-lain.
5.         Bertasbih seberapa banyak

1 comment:

  1. tumpang tanya, boleh ke berpuasa pada akhir bulan syaaban (28, 29, 30 syaaban)?

    berdasarkan pada penerangan dalam link di bawah ni, diharamkan berpuasa pada akhir syaaban kecuali tiga sebab...

    http://www.islamituindah.my/puasa-puasa-di-bulan-syaban

    ReplyDelete