KEMBALI KE PAPARAN UTAMA

Thursday, October 11, 2012

DOA UNTUK CALON PEPERIKSAAN DAN PERANAN IBUBAPA

Bila menjelang peperiksaan, banyak sekolah telah mengadakan solat hajat dengan tujuan semoga Allah memberikan kejayaan kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan.  Kita dapat lihat banyak kaedah-kaedah yang dilakukan.  Namun hanya satu tujuan yang diminta iaitu calon peperiksaan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.


Doa adalah senjata mukmin, beruntunglah kita sebagai umat islam dan bersyukurlah kerana dikurniakan islam dan iman kepada kita.  Sebagai ibu bapa kita digalakan supaya berdoa untuk kejayaan anak-anak, Di bawah ada sedikit tips dari sahabat untuk ibubapa :


KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB
SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat didalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan
mudah dan tenang,


Contoh:


Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan.
Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.


Sumber asal:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana
dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.


Petua amalan ibubapa untuk anak yang
menduduki peperiksaan…


Caranya dengan mengumpulkan alat-alat tulis yang bakal digunakan oleh anak-anak semasa
peperiksaan. Dalam keadaan berwuduk, genggamlah alat-alat tulis itu kemudian amalkan bacaan-bacaan berikut :


1 ::Al-Fatihah (7 kali)

2 :: Selawat (7 kali)


3 ::Subhanallah (44 kali)

4 ::Alhamdulillah (44 kali)


5 :: Allahhu Akbar (44 kali)


6 :: YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)


7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-



Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya
Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…

Setelah selesai bacaan-bacaan ini, tiupkanlah pada alat-alat tulis yang digenggam itu.
Letakkan di tempat yang tinggi dari aras punggung dan elakkan dari dilangkah…


Keesokan harinya, ketika anak-anak bersedia untuk pergi menduduki peperiksaan. Ambil
segelas air, dalam keadaan berwuduk amalkan bacaan seperti di atas (1-7), tiupkan pada segelas air itu lalu diberi minum kepada si anak… Insya-ALLAH dipermudahkan anak-anak itu menghadapi peperiksaan…


 Doa ini juga bagus diamalkan oleh ibubapa.  Caranya: hendaklah ibubapa meletakkan tanga di atas dahi anak dan bacakan doa ini. (Doa ini adalah yang di doakan oleh Nabi SAW kepada Ibnu Abbas ra)




اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ


Pelajar-pelajar pula hendaklah selalu berdoa mohon berkat ilmu yang dipelajari, seperti berikut:





Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat.  Sebaik-baik doa ialah mendoakan orang lain dimana orang itu tidak mengetahuinya



1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Mohon Izin untuk salin Dan guna maklumat di atas sebagai panduan pada masa Akan datang. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete