KEMBALI KE PAPARAN UTAMA

Tuesday, August 23, 2011

ALBUM SEKITAR MAJLIS PERPISAHAAN EN. JAHENI



Yang diraikan En. Jaheni Sidek menyampaikan ucapan.
Amanat En. Jaheni penuh dengan nasihat dan pesanan-pesanan yang perlu diambil perhatian
Ucapan Pengetua JUSA C Pn. Eva bt Abdullah. Berbangga dengan En. Jaheni
En. Zulkiflay Pengerusi Bilik Guru
Ucapan Ketua Pelajar
Barisan Pentadbir
En. Janhei disambut oleh Pn. Eva dan barisan pentadbir
Gimik - Kehadiran En. Jaheni ke dewan Seri Perdana menaiki motor berkuasa besar yang dipandu oleh En. Mohd Kasim Selamat
Tn. Hj. Mohd Nor Hasan wakil PIBG
En. Kamilan Wakil Pentadbir
En. Faizal Othman mewakili Staf Makmal
Bloger berpelukan dengan En. Jaheni

Pn. Safinas CCN22 mewakili Staf Pejabat
En. Jaheni bersalaman dengan pelajar-pelajar

Monday, August 22, 2011

MAJLIS PERPISAHAN EN. JAHENI SIDEK

Hari ini tercatat satu sejarah sekolah yang akan dikenang seluruh warga SMKDM. Perpisahan dan perpindahan kerana kenaikan pangkat En. Jaheni Sidek sebagai pengetua di SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi. Suasana ceria, suasana sedih telah bercampur-campur. Ucapan wakil pelajar, wakil guru disusuli Ucapan Pn. Eva dan diakhiri ucapan En. Jaheni. Wakil bukan guru tidak pernah diberi peluang berucap dalam majlis seumpama ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan ucap selamat jalan oleh pelajar-pelajar.

Catatan: Gambar-gambar majlis tersebut akan di paparkan kemudian.

Friday, August 19, 2011

GURU DAN KAKITANGAN MAKMAL SESI PAGI 2011


Duduk dari kiri En. Faizal Othman, En. Saiful Affandi, En. Mohd Kasim Selamat, En. Mohd Khairuzi, En. Nor Azman Muji, Tn. Hj. Mohamaddillah Masuri.
Berdiri dari kiri Pn. Najihah Hanim Hashim, Pn. Khalijah Ibrahim, Pn. Zuraida Othman, Pn. Norasikin Yusof, Pn. Hjh. Siti Hawa Yahya, Pn. Roslinda Hj. Sirat, Pn. Siti Hadijah Lamri, Pn. Nurul Azean Kamaron Mohsin

Thursday, August 18, 2011

STAF SMK DATUK MENTERI 2011

Duduk dari kiri En. Faizal Othman, Tn. Hj. Mohamaddillah Masuri, Tn. Hj. Mukamat Alip Jasnuri, Tn. Hj. Kamilan Damiri, Pn. Eva Abdullah, En. Jaheni Sidek, Pn. Safinas Samuri, Pn. Hjh. Jamaliah Othman, En. Shahril, En. Khidzir Aluva Jasman.
Berdiri dari kiri Cik Suraya Ismail, Pn. Roslinda Hj. Sirat, Pn. Siti Hadijah Lamri, Pn. Serikandi Yacoob, Pn. Hjh. Sukimah Aziz, Pn. Khamidah Md Zin, Pn. Emmy Ruziana A Rahman, Pn. Norzianti Maian

Monday, August 15, 2011

BONUS TELAH KELUAR

Pada hari ini semua kakitangan awam akan menerima bonus yang telah dijanjikan. Sebanyak setengan bulan gaji atau minimum rm500.00 akan diterima. Ayahku pun terima juga sebab ayahju pesara kerajaan.

Tuesday, August 9, 2011

ALAM

Rezeki ada di mana-mana, kita kena berusaha untuk mendapatkannya Allah yang memberi, oleh itu berusahalah..............


Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.
Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.
Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa? Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia. Justeru, misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.
Persis bekalan dan alat kelengkapan pada seorang tentera yang dihantar untuk satu operasi ketenteraan, maka begitulah manusia yang telah diberi berbagai-bagai-bagai kemudahan dan bekalan.


Untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi ini – itulah dwifungsi utama manusia di dunia ini. Seluruh kelengkapan yang diberikan kepadanya harus menjurus dan fokus ke arah pelaksanaan misi itu.
Jangan disalah gunakan, kerana segala-galanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan. Akan datang detiknya, manusia akan dipanggil bersemuka dengan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan-Nya itu.

Monday, August 8, 2011

TAHNIAH


Cikgu Kimia; Pn. Omelia bt Ormawi telah selamat melahirkan anak perempuan pada 31.7.2001. Kami warga jabatan sains SMK Datuk Menteri, mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteri yang ditunggu-tunggu. Kepada nendanya Cikgu AlRazi Hamid dan cikgu Badariah Md Khalid diucapkan tahniah kerana dapat cucu perempuan.

catatan:
Kami sedang berusaha mendapatkan gambar baby cikgu Omelia.

Friday, August 5, 2011

TAHNIAH

PENGETUA SMK TAMAN SERI SAUJANA

Kami warga Jabatan Sains SMK Datuk Menteri mengucapkan tahniah dan syabas kepada En. Jaheni bin Sidek Penolong Kanan 1, kerana di naikkan pangkat sebagai pengetua di SMK Taman Seri Saujana Kota Tinggi. Kami menghargai sumbangan dan kerjasama yang cemerlang yang telah di berikan kepada kami khusunya dan smkdm amnya. Kami mengucapkan selamat bertugas kepada tuan.

Thursday, August 4, 2011

Malam Lailatul Qadar

Doa:

Allahumma Innakaafuung Karim Tuhibbul afwa fa'fuanni

DAKWAH RAMADHAN

Puasa Ada Tiga Jenis:

1. Puasa Awam:


Hanya Menahan Lapar dan dahaga sahaja, menahan makan dan minum, melakukan pantang larang puasa, melakukan perkara makruh dan dosa. Puasa kosong - tidak diterima. tidak mendapat perhatian Allah.


2. Khusus:


Menahan diri dari segala larangan puasa dan perkara-perkara yang makruh dalam puasa dengan penuh taat


3. Khusus al khusus:


Menahan diri dari segala larangan puasa, segala dosa, segala yang makruh dalam puasa dan menahan segala keinginin nafsu. Banyak mengerjakan amal ibadah siang dan malam seperti sembahyang sundat, banyak beristifar, banyak membaca selawat, banyak bertaubat, banyak bertasbih, banyak berzikir, banyak berdoa dan membaca al Quran

INFO RAMADHAN (6)

Amalan 21 - 30 Ramadhan

Bacalah seberapa banyak Allahumma Angutikoni minannar Waankhilni Jannatika Ya Rabbalalamin Birahmatikaya Ya Arharahmanirahim

INFO RAMADHAN (5)

Amalan 11 - 20 Ramadhan

Baca sebarapa banyak Allahummaghr zunubi Ya Rabbal alamin

INFO RAMADHAN (4)

Amalan 1 - 10 Ramadhan:

Baca seberapa banyak Allahummarhamni Ya Arhamarrahimin

Wednesday, August 3, 2011

INFO RAMADHAN (3)

Selepas berbuka puasa bacalah sekali surah Al-Qurais (Liila fi Quraisin)

INFO RAMADHAN (2)

Baca Doa berikut: (makna dalam bahasa melayu) - 10 kali selepas solat subuh

Ya Allah bahawa kami memohon keampunan akan kami dan kami bertaubat kepadamu daripada segala dosa samada yang kami ketahui atau tidak mengatahui, samada kami lakukan diwaktu malam atau diwaktu siang

INFO RAMADHAN (1)

Amalan Awal Ramadhan:
1. Baca Surah Al Fatihah - 7 kali
2. Baca Selawat - 3 kali
3. Baca Surah Al Fatah - 1kali